KURSUS BURUNG WALIT

KAMI MENGADAKAN KURSUS/SEMINAR DAN MEMBINA RUMAH SARANG BURUNG WALIT DENGAN KOS MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA. KURSUS AKAN MENJELASKAN MENGENALI BURUNG WALIT , SIFAT,HABITAT, POTENSI, MASALAH, KOS MEMBINA BANGUNAN,PERALATAN, PENGUDARAAN,SISTEM AUDIO, LAWATAN KE RUMAH CONTOH BURUNG WALIT ,BANTUAN KEWANGAN(BANK) DAN KAEDAH PEMASARAN. SYARIKAT JUGA MENYEDIAKAN PAKEJ LAWATAN UNTUK INDUSTRI WALIT DI VIETNAM,INDONESIA, SERAWAK DAN DALAM NEGERI..BERMINAT? DAFTAR SEGERA..MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI En. Salahuddin Al Ayubi @ Norman (013-4889689)

Selasa, 21 Jun 2011

SEMINAR INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT


NABIL VENTURES AKAN MENGANJURKAN “SEMINAR INDUSTRI BURUNG WALIT” . ANDA AKAN MENGENALI SIFAT / HABITAT BURUNG WALIT, REKABENTUK RUMAH WALIT , SISTEM AUDIO / PENGUDARAAN, KOS BINAAN , UJIAN PEMANGGIL & HASIL PRODUK.  ..TEMPAT TERHAD untuk 15 peserta sahaja.
HUBUNGI SEGERA EN SOLAHUDDIN 013-4889689 
SEKIRANYA ANDA INGIN MEMBINA RUMAH BURUNG WALIT ...KAMI BERSEDIA MEMBERI KHIDMAT NASIHAT DI TEMPAT ANDA DENGAN KOS ISTIMEWA.  

Sabtu, 16 April 2011

UJIAN PEMANGGIL BURUNG WALIT

Kaedah memanggil burung walit yang ada di langit untuk turun ke bawah. Ujian ini biasanya dilakukan antara jam 7.00 pg~9.30pg dan 5.00 ptg~7.30ptg:(untuk mendengar sila tutup audio mixpod di sebelah kanan-bawah page sebelah. Inilah peralatan yang digunakan untuk memanggil burung walit.Disekitar Perlis kami hanya mengenakan RM50 sahaja(sekali ujian)untuk tempoh selama 30 minit.Hubungi kami untuk temujanji.

Jumaat, 11 Mac 2011

CONTOH RUMAH SARANG BURUNG WALIT KOS MURAH

YANG INI MEMANGLAH MAHAL...HAMPIR RM700K.




TAK PERLU BINA RUMAH SARANG MAHAL HINGGA BERJUTA RINGGIT...YANG PENTING SISTEM PENGUDARAAN DALAMAN, TEMPAT BERSARANG & AUDIO PEMANGGIL SUARA BURUNG WALIT YANG BERKUALITI..


skim pinjaman pengusaha burung walit Agro Bank




Nak lebih RM30k ,terus hubungi AgroBank untuk maklumat lanjut...

Rabu, 16 Februari 2011

BERKENALAN DENGAN BURUNG WALET

Burung Walet
Apakah yang dikatakan burung layang-layang (walet)?
Burung walet atau Aerodramus Fuchipagus adalah burung pemakan serangga yang mampu terbang dengan kelajuan dan pergerakan yang cepat. Ia tidak boleh mendarat di tanah atau hinggap pada dahan pokok kerana kakinya yang pendek dan biasanya boleh didapati di gua-gua pinggir hutan, sawah, habitat yang berkayu serta di kawasan pantai atau lombong. Burung ini mampu terbang dalam kegelapan melalui kaedah ‘eccholation’ dan membuat sarang menggunakan air liurnya. Burung layang-layang pula sering hinggap ditalian telefon/elekrik , cabang ekor yang luas(ketika terbang) serta sering membina sarang daripada daun/rumput dengan campuran tanah bukan drp. air liurnya.

Adakah industri perniagaan ini sah di sisi undang-undang?
Ya, ia merupakan satu peniagaan, pelaburan dan industri yang sah yang mendapat perhatian serta diikitiraf oleh pihak kerajaan dengan penglibatan pihak Jabatan Perhilitan, Jabatan Veterina (Haiwan), pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Kesihatan. Pihak Jab Veterina juga ada menerbitkan sebuah buku bertajuk Garis Panduan Amalan Penternakan Burung Walit (GAHP) untuk dijadikan panduan dan asas kepada pengusaha.

Berapakah pulangan pelaburan yang boleh didapati melalui sebuah rumah burung walet yang berjaya?
Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet berkeluasan 20’ x 70’ x 2 tingkat adalah RM40-RM60k sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4.

Bagaimanakah kawasan yang sesuai untuk membina rumah burung dan menjalankan pembiakan burung walet?
Kawasan pembiakan burung walet yang sesuai adalah di kawasan habitat yang berkayu seperti pinggir hutan, ladang kelapa sawit, sawah, tepi pantai dan kolam atau lombong yang mempunyai potensi pemakanan seperti serangga dan sumber minuman yang banyak.

Perlukah sebuah rumah bururng walet dipasang bunyi suara burung berterusan (24 jam) sejak beroperasi?
Rumah burung walet dibenarkan dipasang bunyi dalaman burung walet selama 24 jam tetapi bunyi luaran hanya perlu dipasang pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu pagi (7.00pagi – 12 tengahari) dan petang (5.00 petang -7.30 malam). Waktu tersebut adalah waktu yang disyorkan oleh Jab Veterina dan kekuatan bunyi (decibel) pula di antara 0.0525dB – 0.1578dB atau frekuensi 1khz – 16khz iaitu di bawah pendengaran manusia.

Adakah jangkitan penyakit seperti selsema burung boleh berlaku?
Selesema burung tersebar disebabkan sisa kotoran najis di atas tanah yang dimakan oleh binatang ternakan seperti ayam sebaliknya burung walet mencari makan di udara. Namun, sisa kotoran najis burung di dalam rumah burung perlu dibersihkan secara berkala bagi mengelakkan hama atau penyakit lain boleh merebak.

Saya memiliki sebuah rumah kedai 20’ x 70’ x 2 tingkat dan ingin mengubahsuai rumah tersebut kepada rumah burung walet. Apakah yang perlu saya lakukan dan berapakah anggaran kos yang diperlukan?
Lesen mengubahsuai bangunan perlu diperolehi dari pihak Majlis Daerah terlebih dahulu seterusnya pihak perunding yang dilantik perlu membuat lawatan dan penilaian ke atas rumah kedai tersebut sebelum pengiraan jumlah anggaran kos dibuat serta mengenalpasti adakah rumah burung sesuai dibina di kawasan tersebut. Anggaran kos adalah berbeza antara sesuatu tempat bergantung kepada lokasi dan kedudukan kedai tersebut.

Sarang rumah vs sarang gua.. apakah perbezaan antara keduanya?
Sarang rumah berwarna putih dan lebih bersih serta terdiri dari 85-95% air liur dengan harga yang tinggi sedangkan sarang gua biasanya berwarna hitam dan lebih kotor di mana 85% adalah bulu atau pelepahnya pada harga nisbah 1:5 lebih rendah berbanding dengan sarang rumah.

Bolehkah burung walet ini diternak dan bagaimana boleh kita mempelajari tentang penternakan burung walet?
Kehidupan asal burung walet adalah burung yang terbang bebas dengan mencari makan sendiri secara semulajadi sebaliknya jika diternak, makanannya yang terdiri dari serangga perlu disediakan dan kos akan bertambah serta tidak efektif dan apabila burung tersebut meningkat dewasa ianya akan kembali membesar secara semulajadi.

Bagaimana boleh saya mengenalpasti atau mengira jumlah burung walet yang telah melawat rumah burung walet saya?
Jumlah burung walet boleh dikenalpasti dengan memerhatikan dan menanda tompokan tahi burung yang terdapat di lantai, ini bermakna pada malam hari ada burung walet tidur di dalam rumah tersebut.

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan sarang burung berwarna merah?
Sarang merah terjadi disebabkan serapan mineral dari makanan laut (kandungan zat besi yang tinggi) serta banyak terdapat di kawasan Borneo dan bukan disebabkan burung tersebut kepenatan sehingga mengeluarkan darah.

Siapa dan apakah pemangsa utama burung walet?
Pemangsa semulajadi bagi burung walet adalah cicak, lipas, tikus, helang, burung hantu, biawak dll tetapi manusia (pencuri sarang burung) kini merupakan pemangsa yang utama.

Rumah burung saya telah dibina 6 bulan yang lalu dan mempunyai suhu, kelembapan dan pencahayaan yang sesuai tetapi mengapa burung walet masih tidak berminat untuk membuat sarang?
Rumah burung yang berjaya bukan sekadar perlu diadaptasikan suasananya seperti gua tetapi memerlukan ruang legar (rooving room) untuk berpusing atau terbang yang sesuai (minima 10’x10’) di samping sistem bunyi yang mampu menarik minat burung walet untuk bermain dan membuat sarang. Susunan kayu beluti juga perlu selari dengan ruang masuk serta banyak faktor lain lagi yang turut menyumbang kepada minat burung walet untuk berdiam.

Apakah material atau bahan binaan yang paling sesuai untuk mendirikan rumah burung walet samada menggunakan bata merah, bata pasir, bata blok atau dinding ‘foam’?
Penggunaan bata merah (tanah liat) adalah paling sesuai berbanding bata pasir, bata blok atau dinding ‘foam’ kerana ianya terbukti dapat menstabilkan suhu dalaman rumah burung pada waktu siang dan malam serta mempunyai aroma atau bau tanah yang bersesuaian dengan kehendak burung. Sebaliknya dinding ‘foam’ (campuran simen + pasir + bahan kimia) lebih digemari di kawasan pendalaman dan kosnya lebih murah tetapi tidak begitu sesuai di kawasan terbuka.

Apakah caranya untuk meningkatkan mutu dan kuantiti sarang burung dalam sebuah rumah burung yang telah mempunyai hasil?
Mutu sarang burung dapat ditingkatkan dengan mengawal suhu pada kadar 25-29 darjah Celcius dan kelembapan antara 85-90% di samping kebersihan dan keadaan dalam rumah burung perlu dititikberatkan. Kuantiti sarang burung pula dapat ditingkatkan dengan menambah kayu meranti samada secara rak berlapis/bertingkat atau ditambah satu lapisan lagi tetapi ketinggian rumah burung tersebut mestilah >8 kaki. Di samping itu hasil sarang burung juga dapat dituai 2x sebulan selepas tahun ke-5 dan seterusnya.

Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walet yang gagal dan apakah kesilapan yang sering dilakukan?
Kurangnya pengetahuan, pengalaman dan kajian terhadap teknik-teknik dan kesesuaian mengikut kehendak burung menyebabkan faktor utama kegagalan sesebuah rumah burung walet. Ramai yang mendakwa seorang kontraktor binaan mampu membina sebuah rumah tetapi tidak untuk rumah burung. Rumah burung juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala dan berpengalaman bagi mengekalkan suhu, kelembapan, cahaya, kebersihan, kualiti bunyi dll adalah pada tahap maksima.

Jika semakin banyak rumah burung didirikan setiap bulan, apakah kemungkinan terdapat lebihan penawaran sarang burung di pasaran dunia?
Indonesia (60%), Thailand (20%), Malaysia (7%)dan lain-lain Negara (13%) merupakan pengeluar utama sarang burung cuma mampu menyumbang 30% dari permintaan pasaran dunia dan burung walet ini tidak terdapat di tempat lain sedangkan permintaannya bertambah setiap tahun.

Adakah sarang burung walet ini halal dimakan?
Sarang burung walet adalah halal untuk dimakan dan anda bolehlah merujuk dengan jabatan yang berkaitan (JAKIM) untuk mengesahkannya.


sumber : usahawantani

Ahad, 13 Februari 2011

BERHATI-HATI BELI PRODUK SARANG BURUNG WALIT


PENDAPATAN LUMAYAN HASIL SARANG BURUNG WALIT

Oleh MARZITA ABDULLAHutusanperlis@utusan.com.my


KANGAR 25 Nov. – Industri penternakan burung walet atau nama saintifiknya, ‘aerodramus fuciphagus’ untuk mendapatkan sarangnya semakin popular di negara ini malah Perlis juga tidak ketinggalan terlibat dalam industri berkenaan.
Potensi besar industri itu ke pasaran antarabangsa menyebabkan Agrobank bersetuju mengeluarkan pembiayaan berjumlah RM67.7 juta kepada mereka yang berminat menceburi industri sarang burung walet.

Sarang burung walet mampu memberi pendapatan lumayan dengan permintaan yang tinggi di luar negara.

Menurut beliau, pada masa ini Pembiayaan itu disediakan melalui peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertujuan menggalakkan pelaburan di dalam industri berkenaan berikutan permintaan tinggi terutamanya di China.
Secara umumnya, sarang burung walet ini diperbuat daripada air liur haiwan berkenaan dan mempunyai kualiti tertentu dengan nilai harga yang berbeza berdasarkan jenis dan warna.
Lazimnya, sarang burung berwarna hitam dijual pada harga RM1,500 sekilogram, yang berwarna putih RM3,000 sekilogram manakala kuning RM25,000 sekilogram dan merah RM45,000 sekilogram.
Dianggarkan sehingga kini terdapat lebih 10,000 premis membela burung walet di seluruh negara dengan nilai eksportnya lebih RM500 juta malah menjelang 2015 industri tersebut dijangka menyumbang sebanyak RM5 bilion kepada pendapatan negara.
Sarang burung walet disahkan Kementerian Kesihatan sebagai bersih dan boleh dimakan serta burung itu tidak membawa vektor penyakit.
Bagi menggalakkan industri berkenaan berkembang di Perlis, kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan mewujudkan model rumah penternakan burung walet yang hanya bermodalkan RM50,000.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi negeri,Sabry Ahmad berkata, langkah tersebut bertujuan melahirkan usahawan-usahawan kecil dari kalangan para petani melalui tunjuk ajar JPV.
“Pada masa ini JPV telah membina rumah berkenaan di Batu 20, Kaki Bukit di Padang Besar untuk dijadikan model kepada para usahawan kecil yang berminat dalam industri ini,” katanya.
Sabry berkata, JPV Perlis mempunyai keupayaan teknikal untuk memberi khidmat nasihat secara percuma terutama peralatan ujian panggilan burung walit.
“JPV Perlis juga telah berunding dengan JPV Sarawak untuk mendapat khidmat nasihat yang lebih luas mengenai penternakan burung berkenaan termasuk kos pembinaan rumah burung tersebut,” katanya.
Usaha yang dilakukan oleh JPV itu menurut beliau adalah untuk membuktikan bahawa projek penternakan itu tidak memerlukan kos yang tinggi dan boleh diceburi oleh masyarakat tempatan yang berpendapatan rendah.
“Daripada tinjauan kita mendapati kebanyakan pengusaha penternakan burung walet terpaksa mengeluarkan kos pembinaan rumah burung yang mencecah RM200,000 tetapi ia masih tidak berjaya menarik perhatian burung-burung ini untuk mendiami rumah tersebut,” katanya.

Sarang burung walet mampu memberi pendapatan lumayan dengan permintaan yang tinggi di luar negara.

Menurut beliau, pada masa ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Agrobank telah menyediakan peruntukan kepada mereka yang berminat untuk menceburi industri sarang burung walet.
Melalui usaha JPV itu, Sabry berkata, ia akan mewujudkan struktur bangunan pemeliharaan burung walet yang standard di samping menjamin pemuliharaan alam sekitar.
Beliau berkata, JPV juga akan mengetuai pemantauan terhadap pemeliharaan burung berkenaan di negeri ini sejajar garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat.
Dalam pada itu, pengusaha burung walet, Abdul Hamid Ahmad berkata, penternakan burung walet memerlukan kesabaran untuk mendapatkan keuntungan selain kos yang tinggi dalam pembinaan bangunan.
Dia yang mengusahakan penternakan itu di rumahnya di Padang Besar Selatan berkata, pada awalnya pelbagai masalah ditempuhi terutama ketiadaan burung walet yang singgah dalam bangunan yang dibinanya.
“Pada awalnya saya rasa bangunan yang dibina sudah lengkap namun ia gagal menarik minat burung walet walaupun telah dipasang pembesar suara, rupa-rupanya burung ini memerlukan tempat yang lembap,” katanya.
Kesungguhan Abdul Hamid dalam industri tersebut membuatkan dia tidak berkira untuk melaburkan modal yang besar dan sanggup memasang pendingin udara dalam bangunan itu.
Menurutnya, dia mempelajari teknik-teknik menternak burung walet daripada seorang rakan berbangsa Cina dan telah mengubah suai rumah tetamu setingkat di sebelah rumah kediamannya menjadi bangunan tiga tingkat.
“Ada orang bertanya kenapa saya sanggup ‘merosakkan’ rumah yang telah sedia cantik semata-mata untuk menternak burung walet tetapi bagi saya kalau sudah minat semua itu tidak menjadi masalah,” ujarnya.
Menurut Abdul Hamid, pada awal tuaian sarang burung tersebut, ia tidak dijual sebaliknya diberi kepada rakan-rakan, hanya selepas beberapa kali tuaian sarang itu barulah dia menjualnya kepada pembekal dari sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur.
Seorang lagi pengusaha, Khor See Hock, dari Kampung Jejawi Endol, Simpang Empat, sudah mengusahakan penternakan burung walet sejak lima tahun lalu.
Dia telah menghabiskan kira-kira RM200,000 untuk mendirikan bangunan sarang burung walet di samping pembelian peralatan lain seperti pembesar suara.
Katanya, dia menjual sarang burung walet dengan harga RM4,000 sekilogram tidak termasuk upah membersihkan sarang burung mencecah RM1,000 sekilogram.
Sementara itu, dalam menggalakkan industri itu, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) turut mengenakan nilai yuran yang rendah iaitu RM200 setahun dengan borang permohonan percuma.
Yang Dipertua MPK, Rosley Mat berkata, mengikut bancian, hampir 250 pusat ternakan burung walet haram terdapat di Perlis.
Menurutnya, jika tidak dikawal, seluruh negeri Perlis akan dipenuhi dengan pusat ternakan burung tersebut yang akan turut mengganggu penduduk setempat.
”Sebagai jalan penyelesaian kepada para pengusaha industri tersebut yang semakin banyak tumbuh tanpa kawalan dan pemantauan, kita telah menyediakan satu lesen khas bagi membolehkan mereka menjalankan industri tersebut,” katanya.

rujukan: https://burungwalit.wordpress.com/2010/12/03/sarang-emas-walit-cecah-rm-45000-00-sekilogram/