KURSUS BURUNG WALIT

KAMI MENGADAKAN KURSUS/SEMINAR DAN MEMBINA RUMAH SARANG BURUNG WALIT DENGAN KOS MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA. KURSUS AKAN MENJELASKAN MENGENALI BURUNG WALIT , SIFAT,HABITAT, POTENSI, MASALAH, KOS MEMBINA BANGUNAN,PERALATAN, PENGUDARAAN,SISTEM AUDIO, LAWATAN KE RUMAH CONTOH BURUNG WALIT ,BANTUAN KEWANGAN(BANK) DAN KAEDAH PEMASARAN. SYARIKAT JUGA MENYEDIAKAN PAKEJ LAWATAN UNTUK INDUSTRI WALIT DI VIETNAM,INDONESIA, SERAWAK DAN DALAM NEGERI..BERMINAT? DAFTAR SEGERA..MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI En. Salahuddin Al Ayubi @ Norman (013-4889689)

Sabtu, 12 Februari 2011

Pengenalan Perladangan Burung Walet

Industri Burung Walit (walet)

Ada yang sebut walet , tak apalah kita sebut manasatupun tak apa ..yang penting industri ini memang hebat...selain industri ikan Arowana , bidang Sarang Burung Walit tidak kurang hebatnya. Bayangkan harga borong (tolak) sarang burung walet ketika ini (di Perlis) sekitar Ringgit Malaysia 3,500.00 hingga ke Ringgit Malaysia 10,000.00 sekilogram mengikut gred. Kalau boleh jual sendiri lagi hebat. Permintaan yang tinggi di Hong Kong, Taiwan , Cina malah ke negara -negara Arab telah menaikan harga sarang burung walit.

Kehebatan khasiat sarang burung walit tidak dipertikai...kerana difahamkan ianya adalah makanan Maharaja Cina ...faham-faham ajelah berpuluh gundek ,tentunya makanan mesti hebat...takat ginseng tak cukup..pekena sarang burung walit barulah "clear".

Mengikut kajian...burung walit ni hanya berada di kawasan Asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia, selatan Thailand sahaja. Inilah peluang kita , emas ada di negara kita..macam juga ikan Arowana paling sesuai di air di Bukit Merah sahaja..

Cerita yang tak bestnya, ada juga yang buat bangunan tapi burung tak masuk..hantu yang masuk..jadi untuk menceburi bidang ini mestilah dengan ilmu selain modal yang diperlukan.. Jadi kita kenali dulu mana satu burung walit, apa habitatnya, apa kesukaanya, bunyinya yang sebenar bukan hanya ambil dari internet saja..bagaimana pemasaran dan sebagainya..semuanya kena ada ilmu untuk dipelajari..

Kenali Burung Walit

Aerodramus Fuciphagus Burung walet atau nama sainstifiknya adalah Aerodramus Fuciphagus adalah sejenis burung dari keluarga Aerodramus atau dalam bahasa inggeris di panggil Swiflet. Ianya selalu dikaitkan dengan burung layang-layang pada pengetahuan umum.

Sebenarnya ianya adalah berbeza dari segi saiz dan rupabentuk. Perbezaan yang ketara di antara burung walet dan juga burung layang-layang adalah seperti di bawah:

Burung walet – berasal dari keluarga Aerodramus, ianya tidak bertenggek, Sarangnya boleh dimakan dan dihasilkan dari kelenjar khas dan mempunyai 7 spesis.

Burung layang-layang – berasal dari keluarga Hirudininae, ianya gemar bertenggek, sarangnya tidak boleh dimakan dan mempunyai 74 spesis.

Daripada 1 keluarga burung Aerodramus ini hanya 2 spesis burung walet yang boleh menghasilkan sarang yang boleh dimakan iaitu :

  • Aerodramus Fuciphagus @ Edible Nest Swiflet
  • Aerodramus Maximus @ Black Nest Swiflet

Habitat asal burung walet ini bermula di dalam gua-gua yang mempunyai kelembapan 80% – 90% dengan suhu sekitar antara 26 ke 31 darjah Celcius. Selalu terbang tinggi pada ketinggian 1500 kaki dari paras laut dan ianya hidup berpasang-pasangan betina dan jantan.

Anak burung walet yang baru menetas akan buta selama 20 hari dan pada umur 7 hingga 9 hari ia akan mula memakan serangga dan mula minum pada umur 10 hari.

Nestling Aerodramus Fuciphagus Semasa usia ini ia juga di panggil Nestling dan akan diasuh oleh ibunya sehingga 5 minggu di dalam sarang. Anak burung walet ini akan mula meninggalkan sarang pada usia 3 bulan dan pada ketika ini di panggil Fledging.

Burung walet hanya memakan serangga ketika ianya terbang oleh kerana ia tidak dapat bertenggek dan sama juga ketika minum dan juga mengawan. Apabila waktu senja, burung walet akan pulang ke sarangnya untuk berehat, bertelur dan memberi makan dan minum kepada anaknya.

Ciri-Ciri Sarang Burung Walet

Sarang burung walet dihasilkan oleh burung walet yang mempunyai kelenjar istimewa bersebelahan kelenjar air liur. Apabila terdedah kepada udara ianya akan mengeras. Secara asasnya terdapat lima warna sarang burung dan kualiti dari yang tertinggi kepada terendah adalah seperti berikut:

  1. Sarang darah atau merah
  2. Sarang perak
  3. Sarang putih
  4. Sarang kuning
  5. Sarang bulu

Nutrisi Sarang Burung Walet

Glikoprotein di dalam karbohidrat adalah bahan utama di dalam sarang burung yang juga terkandungnya asid amino dan garam galian. Sarang burung ini juga sangat kaya dengan asid sialic yang banyak membantu untuk perkembangan neurologi dan daya intelek pada bayi.

Asid amino dan garam galian adlah antara komponen terpenting di dalam sarang burung walet. Tiga asid amino yang ditemui adalah asid amino tidak perlu iaitu asid aspartik, glutamik dan praline manakala dua lagi adalah asid amino perlu iaitu threonin dan valine. Ianya sangat membantu di dalam memudahkan fungsi normal badan seperti daya pertahanan dan pembaikan tisu.

Rumah Burung Walet

Antara lokasi bagi menjadikan rumah burung walet adalah seperti lot-lot kedai, bangunan terbengkalai, bangunan industri dan bangunan ruah burung yang baru yang di bina di atas tanah pertanian.

Bagi meraka yang ingin menggunakan lot-lot kedai, penggunaan lot pada tingkat bawah adalah tidak di benarkan dan ianya perlu merujuk kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

Lot-lot kedai perlu mempunyai ketinggian melebihi 7 kaki setiap tingkat, lebar 20 kaki dan panjang 40 kaki. Rakaman suara burung walet hanya boleh dimainkan bermula jam 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi dan 5.00 petang sehingga 7.30 malam setiap hari dengan kekuatan bunyi tidak melebihi 40 dB apabila diukur 6 meter dari dinding bangunan. Rakaman suara burung walet hanya dibenarkan dipasang untuk 24 jam di dalam bangunan sahaja.


Pelan Perancangan Membina Rumah Burung Walet

Jika anda ingin merancang dan membina rumah burung walet, anda harus mendokumen kan setiap perkara yang anda buat dengan erti kata mudah mengadakan buku log aktiviti rumah burung anda.

Kebaikannya adalah untuk anda sendiri dapat mengesan jika ada masalah jika anda membuat sesuatu perkara pada rumah burung anda ataupun mendapat manfaat yang baik setelah anda membuat sesuatu perkara yang baru.

Ini termasuk setiap perkara yang anda lakukan termasuk menguatkan suara rakaman dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Ini semestinya sedikit sebanyak akan memberikan kesan baik ataupun buruk pada rumah burung anda.

Pada ketika ini rata-rata mengatakan kos untuk membina rumah burung boleh mencecah sehingga RM 250,000.00 ke RM 350,000.00.

Pada pendapat saya, untuk membina rumah burung anda perlu MEMPUNYAI ILMU tentang burung walet walaupun anda telah memilih atau melantik sesiapa sahaja yang ingin membangunkan rumah burung anda. Dan dengan ilmu yang anda ada, justifikasi dapat dibuat sebelum melaksanakan nya pada rumah burung anda.

Rumusannya dengan ilmu yang anda perolehi, MUNGKIN juga kos untuk membina rumah burung anda dapat dikurangkan mengikut budget yang anda ada.

Antara beberapa faktor untuk merancang pembinaan rumah burung anda dan ciri-ciri yang ada pada rumah burung anda adalah seperti di bawah:

  • Ukuran keluasan rumah burung (4m x 10m – minima).
  • Model rumah yang seperti dalam dewan ataupun model rumah yang mempunyai banyak bilik kecil.
  • Membina rumah hanya 1 tingkat atau lebih.
  • Mengadakan tahap kelembapan pada kadar 80% ke 95%.
  • Mengadakan tahap suhu pada kadar 26 hingga 29 darjah celcius.
  • Rumah burung yang terasing dari bermacam-macam aktiviti manusia
  • Lokasi rumah burung yang dekat dengan sumber makanan burung walet seperti di kawasan padang rumput, kawasan pengairan, kawasan sawah padi atau kawasan yang mempunyai sumber makanan yang banyak.
  • Kedudukan rumah burung di lokasi dipilih dibina dengan melihat flying path burung yang ada di kawasan itu.
  • Ruang/pintu masuk burung – ruangan utama burung walet masuk dan keluar untuk rumah burung anda.
  • Pintu masuk orang ke dalam rumah burung anda, ke ruangan bilik data.
  • Pintu/ruangan antara lantai – ruangan burung terbang dari tingkat 3 ke 2 atau tingkat 1.
  • Pintu/ruangan antara bilik ke bilik – ini jika anda membina rumah burung yang mempunyai banyak bilik kecil.
  • Ruangan/Lubang pengudaraan rumah burung anda.
  • Roving Area – ruang untuk burung walet berlegar apabila masuk ke dalam rumah burung.
  • Nesting Area – ruang untuk burung walet menetap dan membuat sarang.
  • Equipment Area – ruang untuk segala peralatan rumah burung.
  • Pemasangan sesirip untuk burung walet membuat sarang.
  • Sistem Audio Suara Luar dan Dalam.
  • Sistem Keselamatan Rumah Burung Walet.

Di atas adalah antara perkara yang perlu di ambil kira untuk merancang pembinaan rumah burung di lokasi yang telah anda pilih.

Perkara di atas adalah antara yang telah di bincangkan oleh pemilik rumah burung yang terdahulu dan telah terbukti telah menghasilkan sarang burung.

Walaubagaimana pun cabaran nya masih ada bagi memikat burung walet ini masuk dan membuat sarang di dalam rumah burung yang telah di bina.

Apa yang saya dapat tahu dari beberapa orang yang telah menceburi industri ini, ada rumah burung yang lengkap tetapi masih kurang berhasil dan ada juga rumah burung yang serba serbi kekurangan tetapi masih boleh menghasilkan sarang burung.

Itu antara kegunaan buku log rumah burung untuk anda menggunakan beberapa perkara asas ini untuk membina rumah burung anda dan pada masa yang sama membuat kajian sendiri bagi memastikan kejayaan rumah burung anda.

Sebahagian dipetik drp: http://www.burungwaletonline.com/pengenalan-perladangan-burung-walet/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan